Latihan
Webinar: Cabaran Seorang Poliglot
Deskripsi
Webinar Cabaran Seorang Poliglot merupakan sebuah program khas yang dianjurkan oleh ITBM untuk memberikan pendedahan kepada orang awam berkaitan dunia seorang poliglot dan hal-hal yang berkaitan dengan mereka. Webinar yang akan berlangsung selama 2 jam ini akan menyentuh tentang apa itu poliglot, cara untuk menjadi seorang poliglot dan juga cabaran-cabaran yang dialami oleh mereka. Selain itu, ahli panel akan turut berkongsi berkaitan manfaat menjadi seorang poliglot dalam dunia pekerjaan.
Butiran program:
1. Tarikh: 24/06/2026 (Rabu)
2. Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Menjadi seorang poliglot (seorang yang mahir pelbagai bahasa) merupakan impian yang besar bagi ramai orang. Seorang poliglot pastinya mempunyai kelebihan-kelebihan, baik dalam alam pekerjaan mahupun dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, perjalanan untuk menjadi seorang poliglot tidaklah mudah dan ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Kami di ITBM berhasrat untuk berkongsi berkaitan cabaran-cabaran ini, dan cara untuk mengatasinya, bagi melancarkan perjalanan kita untuk menjadi seorang poliglot!
Antara elemen yang akan diterapkan dalam Webinar Cabaran Seorang Poliglot adalah seperti berikut:
1) Definisi poliglot
2) Kelebihan menjadi seorang poliglot dalam bidang pekerjaan
2) Cara untuk menjadi seorang poliglot
3) Cabaran-cabaran dalam menjadi seorang poliglot dan cara mengatasinya
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Objektif Webinar Cabaran Seorang Poliglot adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk menjadi seorang poliglot dan memberi pendedahan tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi bagi mencapai cita-cita tersebut
ii. Memberi pendedahan tentang kaitan antara menjadi seorang poliglot dan manfaatnya dalam alam pekerjaan
Hasil Pembelajaran
Pada akhir Webinar Cabaran Seorang Poliglot ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti apa itu poliglot dan cara-cara untuk menjadi seorang poliglot
ii. Memahami apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi seorang poliglot dan cara-cara untuk mengatasi cabaran tersebut
iii. Mengenal pasti apakah manfaat menjadi seorang poliglot dalam dunia pekerjaan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu dan Inggeris.