Adakah misi anda terganggu oleh halangan bahasa?

ITBM sedia membantu memastikan mesej anda disampaikan dengan tepat dan berkesan.
Kami menyediakan perkhidmatan terjemahan profesional dalam semua bahasa dan bidang, dengan komitmen terhadap kualiti dan nilai terbaik.

Isnin - Khamis : 8.00 pagi hingga 4:00 petang
Jumaat : 8.30 pagi hingga 12:30 petang
2.45 petang hingga 4:00 petang
(Rehat: 12.30 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

1. Pelajar ke Timur Tengah Sahaja
Penterjemahan bahan bertemplat (kad pengenalan, sijil akademik – SPM, STPM & STAM, sijil lahir dan sijil berhenti sekolah) khusus untuk pelajar bagi tujuan menyambung pengajian di Timur Tengah. Terjemahan bahan adalah daripada bahasa Melayu kepada bahasa Arab sahaja.
2. Umum
Penterjemahan kad pengenalan, sijil akademik – SPM, STPM & STAM, sijil lahir, sijil berhenti sekolah, lesen memandu dan pasport bagi pelbagai tujuan lain. Terjemahan bahan adalah daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau bahasa Arab sahaja.
3. Sebut Harga
Penterjemahan pelbagai bahan selain yang disenaraikan dalam kategori Pelajar ke Timur Tengah dan Umum. Terjemahan bahan adalah dalam pelbagai bahasa asing mengikut keperluan.

Selaras dengan peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan, ITBM menawarkan khidmat penterjemahan SEGERA dan SIAP PADA HARI SAMA untuk dokumen bertemplat (Sijil SPM, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan) bagi tujuan pendidikan (menyambung pengajian ke Timur Tengah SAHAJA). Terhad kepada terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab sahaja.

Bagi khidmat terjemahan dokumen rasmi (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, sijil lahir dan lain-lain yang berkaitan), berikut ialah keperluan yang perlu disediakan sebelum menghantar bahan.

Jika urus niaga dibuat melalui e-mel atau dalam talian, pelanggan perlu menghantar salinan lembut dokumen asal. Sekiranya butiran pada bahan asal tidak jelas, sila kemukakan dokumen rujukan seperti salinan kad pengenalan, pasport atau dokumen lain yang berkaitan.

Tempoh siap bahan terjemahan bagi sekeping sijil ialah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun begitu, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

Bagi penterjemahan bahan selain sijil pula, tempoh siap bahan bergantung pada bilangan halaman, jenis bidang (teknikal, undang-undang, sains, umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

a. ITBM menguruskan setiap projek mengikut keperluan pelanggan. Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung kepada faktor yang berikut:
i. Bahasa sumber dan bahasa sasaran
ii. Jumlah perkataan
iii. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal)
iii. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera
iv. Keperluan lain yang dimohon oleh pelanggan
b. Caj tambahan bagi khidmat terjemahan segera dikenakan dengan kenaikan kos tambahan antara 25 hingga 50 peratus, berdasarkan permohonan, perbincangan dan persetujuan bersama (perkhidmatan ini tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum).
a. Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, dan deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, dan draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama “Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad”. Terjemahan hanya akan dilakukan selepas pembayaran dibuat sepenuhnya.
b. Pembayaran juga boleh dibuat melalui:
i. Maybank Berhad
Nombor Akaun : 512204217381
Penama : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
ii. JomPay
Biller Code : 15107
Ref-1 : No. QT
Ref-2 : No. telefon pelanggan
c. Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel, pelanggan hendaklah menghantar (melalui e-mel) resit transaksi sebagai bukti pembayaran.
d. Semua urusniaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Semua dokumen yang diterjemah oleh ITBM akan dicap dengan perakuan terjemahan yang sah berserta nombor siri boleh diterima oleh jabatan kerajaan Malaysia, kedutaan asing dan kegunaan rasmi di peringkat antarabangsa.

Anda boleh mendapatkan khidmat terjemahan ITBM melalui:

• Laman sesawang ITBM: Layari https://www.itbm.com.my/translation/quotation dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

• Bersemuka (walk-in): Kunjungi Kaunter Bahagian Khidmat Pelanggan di Wisma ITBM.

• E-mel: Hantar dokumen yang ingin diterjemah ke salesonline@itbm.com.my.

Tidak. Anda tidak perlu log masuk untuk mendapatkan khidmat terjemahan melalui laman sesawang ITBM.

Permintaan yang dihantar melalui e-mel lazimnya akan diproses dalam tempoh 24 hingga 48 jam bekerja, tertakluk pada pasangan bahasa, jumlah halaman dan jenis dokumen.

Bagi terjemahan dokumen rasmi, anda perlu menyediakan:

• Dokumen asal.
• Rujukan nama seperti kad pengenalan atau pasport.
• Salinan lembut dokumen jika urusan dibuat secara dalam talian atau melalui e-mel.

Kebiasaannya tidak. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak yang akan menerima dokumen tersebut (contohnya kedutaan atau agensi kerajaan) mengenai keperluan cap atau pengesahan tertentu.

Laman sesawang ITBM menerima pelbagai jenis fail dengan had:

• Maksimum 6 lampiran
• Maksimum 5MB bagi setiap fail

Bagi dokumen umum atau bertemplat (bukan teknikal), tempoh minimum ialah 3 hari bekerja. Tempoh sebenar bergantung pada:

• Jumlah halaman
• Pasangan bahasa
• Jenis dokumen
• Tahap kerumitan kandungan

Harga ditentukan berdasarkan:

• Bahasa sumber dan bahasa sasaran
• Jumlah perkataan
• Jenis teks (umum atau teknikal)
• Tempoh siap (biasa atau segera)
• Keperluan tambahan pelanggan

ITBM menetapkan 200 patah perkataan bersamaan 1 halaman bagi dokumen umum. Bagi dokumen seperti sijil, kad pengenalan, sijil lahir dan pasport, setiap dokumen akan dikira sebagai 1 halaman, walaupun mengandungi kurang daripada 200 patah perkataan.

Ya. ITBM menawarkan:

• Terjemahan segera
• Siap pada hari yang sama (tertakluk kepada syarat tertentu)
• Caj tambahan antara 50% hingga 100% mungkin dikenakan bergantung pada keperluan dan persetujuan bersama.

Ya. Semua terjemahan yang disediakan oleh ITBM akan disertakan dengan cap yang mengesahkan dokumen tersebut diterjemahkan oleh ITBM.

Pembayaran boleh dibuat melalui:

• Tunai
• Kad kredit
• Cek
• Deposit tunai
• Pautan pembayaran dalam talian (untuk permohonan melalui laman sesawang)

Semua transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Ya. Walau bagaimanapun, kerja terjemahan hanya akan dimulakan selepas pembayaran diterima dan disahkan oleh ITBM.

Ya. Anda boleh melantik wakil untuk:

• Membuat permohonan terjemahan.
• Mengambil dokumen terjemahan yang telah siap.

Ya, salinan fotostat boleh diterima. Namun, ITBM menggalakkan penggunaan dokumen asal bagi memastikan maklumat lebih jelas dan tepat.

Ya. ITBM akan menterjemahkan semua maklumat yang terkandung dalam dokumen asal, termasuk butiran dan cap yang berkaitan apabila diperlukan.

Ya. Kos penghantaran bergantung pada negara destinasi. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pegawai khidmat pelanggan ITBM.

ITBM menggunakan PosLaju sebagai panel kurier rasmi bagi penghantaran dokumen terjemahan.

Terjemahan ITBM disertakan dengan:

• Perakuan terjemahan yang sah.
• Cap pengesahan ITBM.
• Nombor siri rujukan.
• Dokumen terjemahan boleh digunakan untuk urusan rasmi termasuk jabatan kerajaan, kedutaan asing dan kegunaan antarabangsa.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut:

No. Tel. : 03-4145 1909 / 1942 (Abdul Qayyum Hamidi)
Whatsapp : 019-235 0215
E-mel : salesonline@itbm.com.my