Latihan

Kursus Penterjemahan Bahasa Arab - Bahasa Melayu (Sambilan)

sell RM 1,296.00
timer 48 jam / 2 minggu
calendar_month 02 May 2026 - 27 Jun 2026

Deskripsi

Kursus ini direka khas untuk melatih peserta menguasai asas, teori dan teknik penterjemahan teks daripada Bahasa Arab ke Bahasa Melayu dengan pendekatan yang sistematik dan profesional. Peserta akan didedahkan kepada pelbagai bidang teks termasuk agama (tafsir al-Quran, hadis), sains sosial dan sastera. Penekanan turut diberikan kepada aspek tatabahasa, laras bahasa, peristilahan serta kepekaan terhadap konteks makna asal agar hasil terjemahan tepat dan berkesan.

Melalui gabungan sesi kuliah, latihan dan perbincangan, peserta berpeluang mengasah kemahiran memahami, menganalisis dan menterjemah teks Arab–Melayu dengan lebih berkeyakinan.

Kandungan

• Asas, Teori, dan Teknik Penterjemahan
• Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan
• Tatabahasa Melayu dalam Penjemahan
• Penterjemahan Teks Pelbagai Bidang (Agama/Tafsir al-Quran, Nas/Syarah Hadis, Sains Sosial, dan Sastera)

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)



Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)


Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,
• mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan betul, dan
• berupaya untuk menterjemah pelbagai jenis teks.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Arab

Sijil

Sijil Pencapaian Penterjemahan ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)