Latihan
Jom Mantapkan Nahu (Edisi Cuti Sekolah: Siri 1)
Deskripsi
Program Jom Mantapkan Nahu (Cuti Sekolah) merupakan program khas cuti sekolah yang diperkenalkan oleh ITBM untuk mengukuhkan ilmu tatabahasa Bahasa Arab yang dirancang secara interaktif dan praktikal. Program ini dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan peranan dan hukum tatabahasa dalam pembinaan ayat bahasa Arab.
Butiran program:
1. Tarikh: 3 dan 4 Jun 2026
2. Masa: 9.00 pagi-12.00 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
1. Asas tatabahasa bahasa Arab dan kepentingannya
2. al-Idhafah
3. Kata Sifat (Na'at)
4. Nombor dan Bilangan
5. al-Badal
6. al-Istisna'
7. Dhorof
8. Latihan pengenalpastian komponen ayat
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
i. Memahami konsep tatabahasa bahasa Arab bagi topik yang berkaitan
ii. Mengenal pasti fungsi komponen seperti al-Idhafah, al-Badal dan kata sifat dalam struktur ayat bahasa Arab dengan betul
iii. Membezakan antara Dhorof dan Huruf Jarr
iv. Mengenal pasti komponen dalam teks bahasa Arab
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program Jom Mantapkan Nahu (Cuti Sekolah), peserta berupaya untuk:
i. Memahami konsep tatabahasa bahasa Arab bagi topik yang dipelajari dengan tepat.
ii. Mengenal pasti fungsi komponen seperti al-Idhafah, al-Badal dan kata sifat dalam struktur ayat bahasa Arab dengan betul
iii. Membezakan antara Dhorof dan Huruf Jarr
iv. Mengenal pasti komponen dalam teks bahasa Arab yang diberikan.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Arab
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu dan bahasa Arab