Latihan

Jom Mantapkan Nahu (Edisi Ramadan)

sell RM 180.00
location_on Atas Talian
timer 3 jam / 1 minggu berturut
calendar_month 09 Mar 2026 - 13 Mar 2026

Deskripsi

Program Jom Mantapkan Nahu (Edisi Ramadan) merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk peserta yang berminat untuk mempelajari dan memahami asas tatabahasa bahasa Arab secara mudah dan praktikal. Program ini dilaksanakan selama 5 jam (1 jam/sesi). Program ini memfokuskan peranan dan hukum tatabahasa dalam pembinaan ayat bahasa Arab.

Butiran program:
1. Tarikh: 9-13 Mac 2026
2. Masa: 10.00-11.00 pagi
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Kandungan
1. Pengenalan kepada asas tatabahasa bahasa Arab dan kepentingannya
2. Kategori perkataan (kalimah): Isim, Fi'il dan Harf
3. Jenis ayat dalam bahasa Arab
4. Mubtada' (subjek) dan Khabar (predikat)
5. Jenis kata kerja (fi'il): Madhi, Mudhori' dan Amr
6. Fa'il (pelaku) dan Maf'ulun bih
7. Pengenalan I'rab dan tanda-tandanya.
8. Latihan pengenalpastian komponen ayat

Keperluan

Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Objektif
i. Memahami konsep asas ilmu tatabahasa bahasa Arab secara jelas
ii. Mengenal pasti kaedah struktur ayat bahasa Arab dengan betul
iii. Membezakan fungsi Isim, Fi‘il dan Harf dalam ayat
iv. Mengenal pasti komponen ayat bahasa Arab

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Jom Mantapkan Nahu (Edisi Ramadan), peserta berupaya untuk:

i. Memahami konsep asas ilmu tatabahasa bahasa Arab secara jelas
ii. Mengenal pasti struktur ayat bahasa Arab dengan betul
iii. Mengelaskan perkataan dalam ayat kepada Isim, Fi‘il dan Harf dalam ayat
iv. Mengenal pasti komponen utama ayat bahasa Arab

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Arab

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu dan bahasa Arab




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)