Latihan
Jom Berbahasa Perancis (Kelas Hujung Minggu)
Deskripsi
Program Jom Berbahasa Perancis ini memperkenalkan peserta kepada asas bahasa Perancis merangkumi tulisan, sebutan, kosa kata dan ungkapan asas untuk komunikasi harian. Program ini turut merangkumi pembelajaran topik seperti nombor, jam, tarikh, kata tanya dan budaya masyarakat Perancis melalui kuliah, latihan dan perbincangan.
• Tarikh: 3, 10, 17, 24 April, dan 2 Mei 2027 (Setiap Sabtu)
• Masa: 9.30 pagi - 11.30 pagi
• Mod: Secara dalam talian (Zoom)
Kandungan
• Sapaan dan ungkapan asas bahasa Perancis
• Tulisan dan sebutan huruf bahasa Perancis
• Nombor, jam dan tarikh
• Kata tanya
• Kata kerja asas
• Budaya masyarakat Perancis
Keperluan
• Gajet seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar
• Capaian Internet yang stabil
• Kamera web (webcam)
• Buku nota dan pen
*Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Wan Nursalam (03-4145 1941)
Objektif
• Memperkenalkan asas bahasa Perancis termasuk sebutan dan kosa kata mudah.
• Meningkatkan keyakinan peserta dalam komunikasi praktikal berdasarkan situasi harian.
• Mendedahkan peserta kepada unsur budaya masyarakat Perancis
• Memupuk minat berterusan terhadap penguasaan bahasa Perancis untuk tujuan akademik atau kerjaya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menyebut huruf bahasa Perancis dengan betul;
• mengaplikasikan kosa kata dan ungkapan asas bahasa Perancis dalam situasi harian;
• memahami elemen budaya masyarakat penutur jati bahasa Perancis.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Sijil
Sijil Penyertaan ITBM