Latihan

Jom Berbahasa Mandarin (Peringkat Pengenalan)

sell RM 594.00
location_on Atas Talian
timer 12 jam / 4 minggu
calendar_month 04 Apr 2026 - 25 Apr 2026
calendar_month 18 Jul 2026 - 08 Aug 2026

Deskripsi

Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Cina. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Jom Berbahasa Mandarin (Pengenalan) merangkumi aspek seperti sapaan, pengenalan diri, huruf dan nombor, kata ganti nama, perbualan asas harian serta budaya Cina.

Butiran program:
1. Tarikh:
Sesi satu: 4, 11, 18 dan 25 April 2026 (4 kali Sabtu)
Sesi dua: 18, 25 Julai dan 1, 8 Ogos (4 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Program Jom Berbahasa Mandarin (Pengenalan) diperkenalkan kepada murid sekolah atau pelajar yang berminat untuk mengetahui asas komunikasi bahasa Mandarin. Program ini berlangsung pada setiap Sabtu selama 4 minggu secara berturut (3 jam/sesi) yang memfokuskan kepada elemen komunikasi dan pengetahuan tentang budaya Cina. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan serta keyakinan bertutur peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mempelajari kosa kata dan ungkapan asas perbualan harian seperti sapaan, nombor, warna serta mengenali budaya Cina secara umum.

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Tujuan utama program Jom Berbahasa Mandarin (Pengenalan) adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Mandarin yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Selain itu, tarikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sastera, falsafah dan budaya Cina menarik ramai penutur bukan asli untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Selain itu, antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan kosa kata asas dalam bahasa Mandarin melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta
ii. Menggunakan kosa kata dan frasa kata dalam perbualan harian.
iii. Mendedahkan murid kepada sosiobudaya Cina, termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan mengenali frasa asas dalam bahasa Mandarin.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa kata asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenali elemen sosiobudaya Cina termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir ke tiga kelas.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)