Latihan
Jom Berbahasa Arab (Pengenalan)
Deskripsi
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Arab. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Jom Berbahasa Arab merangkumi aspek seperti sapaan, pengenalan diri, huruf dan nombor, kata ganti nama, perbualan asas harian serta budaya Arab.
Butiran program:
1. Tarikh: 2, 9, 16 dan 23 Mei 2026 (4 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Program Jom Berbahasa Arab (Pengenalan) diperkenalkan kepada murid sekolah atau pelajar yang berminat untuk mengetahui asas komunikasi bahasa Arab. Program ini berlangsung pada setiap Sabtu selama 4 minggu berturut-turut (3 jam/sesi) yang memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Arab. melalui pendekatan didik hibur dan interaktif; menyeronokkan serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan. Melalui program ini, peserta akan mempelajari kosa kata dan ungkapan asas perbualan harian seperti sapaan, nombor, warna serta mengenali budaya Arab secara umum.
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis
Objektif
Tujuan utama program Jom Berbahasa Arab (Pengenalan) adalah untuk menarik minat murid sekolah mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, wadah untuk berkomunikasi dan bahasa ibadah.
Selain itu, antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan kosa kata asas dan frasa mudah dalam bahasa Arab melalui permainan bahasa, lagu dan aktiviti berkumpulan.
ii. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Arab dalam situasi harian seperti memberi salam, memperkenalkan diri dan menamakan objek sekeliling.
iii. Mendedahkan murid kepada elemen budaya Arab seperti makanan, pakaian dan adab harian melalui pendekatan visual dan aktiviti kreatif.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan mengenali frasa asas dalam bahasa Arab.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa kata asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenali elemen sosiobudaya Arab termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir ke tiga sesi.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.