Latihan
Jom Berbahasa Arab (Intensif)
Deskripsi
Program ini merupakan inisiatif khas untuk memperkukuh kemahiran komunikasi lisan murid dalam bahasa Arab, terutamanya bagi mereka yang sudah memiliki asas tetapi masih kurang yakin atau kurang mahir dalam pertuturan. Fokus utama adalah untuk membantu murid bertutur dengan lebih fasih, terancang dan berkeyakinan dalam konteks sebenar, melalui pendekatan yang interaktif, menyeronokkan, dan bebas tekanan peperiksaan.
Selaras dengan Anjakan 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu untuk “memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta digalakkan mempelajari bahasa tambahan”, program ini menyokong usaha memperkasakan penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa tambahan yang bernilai tinggi. Ia turut seiring dengan hasrat negara dalam membina murid yang berkemahiran, berfikiran global dan bersedia menyumbang dalam era pelbagai bahasa dan budaya.
Kandungan
Bahasa merupakan alat asas komunikasi dan jendela kepada pemahaman budaya serta pemikiran sesuatu masyarakat. Dalam konteks globalisasi dan interaksi pelbagai budaya, penguasaan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia mempunyai kelebihan yang signifikan kepada penutur. Antara intipati kandungan pembelajaran bahasa Arab yang digariskan dalam program Jom Berbahasa Asing: Bahasa Arab (intensif) adalah:
i. Kosa Kata Kontekstual dan Simulasi Kehidupan Harian
ii. Pemantapan Tatabahasa dan Struktur Ayat
iii. Komunikasi Lisan dan Kefahaman Mendengar
iv. Pembentangan, Penilaian & Refleksi Kendiri
Keperluan
Buku latihan dan alat tulis
Objektif
Program ini bertujuan untuk mempertingkat kefasihan komunikasi lisan murid dalam bahasa Arab dengan memberi penekanan kepada penguasaan kosa kata tematik, struktur bahasa, dan kemahiran mendengar. Melalui pendekatan yang interaktif dan reflektif, murid digalakkan untuk berinteraksi secara kolaboratif, berkongsi pandangan, serta melaksanakan aktiviti penggunaan aplikasi bahasa, teknologi secara terkawal. Aktiviti pembentangan lisan dalam konteks sebenar turut dimanfaatkan bagi membina keyakinan dan kecekapan berkomunikasi secara lebih efektif dan terancang.
Hasil Pembelajaran
i. Mampu menggunakan kosa kata tematik dan struktur ayat yang sesuai dalam perbualan dan simulasi komunikasi.
ii. Berupaya memahami dan menjelaskan maksud ayat serta konteks penggunaannya dalam pelbagai situasi.
iii. Berupaya menilai dan memilih ayat atau kosa kata yang sesuai berdasarkan situasi komunikasi tertentu.
iv. Mampu membina dan menyusun ayat yang kompleks dalam bahasa Arab berdasarkan tema yang diberikan.
v. Berupaya menghasilkan dialog asli dan mempersembahkan lakonan situasi secara kreatif dalam bahasa Arab.
vi. Mampu memberi maklum balas yang membina terhadap persembahan rakan dan melaksanakan refleksi kendiri secara berkesan.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Sijil
Catatan Tambahan:
Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang layak (*)
Kelas akan diadakan secara bersemuka di Institut Terjemahan & Buku Malaysia, secara intensif.
Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab
*terma dan syarat kehadiran ke kelas