Latihan
Jom Berbahasa Arab
Deskripsi
Program Jom Berbahasa Arab ini memperkenalkan peserta kepada asas bahasa Arab merangkumi tulisan, sebutan, kosa kata dan ungkapan asas untuk komunikasi harian. Program ini turut merangkumi pembelajaran topik seperti nombor, jam, tarikh, kata tanya dan budaya masyarakat Arab melalui kuliah, latihan dan perbincangan.
• Tarikh:
- Sesi I: 16, 18, 23, 25, 30 Mac, 1, 6, 8, 13 dan 15 April 2027 (Selasa dan Khamis)
- Sesi II: 8, 10, 15, 17, 22, 24, 29 Jun, 1, 6 dan 8 Julai 2027 (Selasa dan Khamis)
- Sesi III: 2, 4, 9, 11, 16, 18, 23, 25, 30 November, dan 2 Disember 2027 (Selasa dan Khamis)
• Masa: 8.30 malam - 9.30 malam
• Mod: Secara dalam talian (Zoom)
Kandungan
• Sapaan dan ungkapan asas dalam bahasa Arab
• Tulisan dan sebutan huruf bahasa Arab
• Nombor, jam dan tarikh
• Kata tanya
• Kata kerja asas
• Budaya penutur jati bahasa Arab
Keperluan
• Gajet seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar
• Capaian Internet yang stabil
• Kamera web (webcam)
• Buku nota dan pen
*Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Wan Nursalam (03-4145 1941)
Objektif
• Memperkenalkan kosa kata dan ungkapan asas harian bahasa Arab.
• Meningkatkan keyakinan peserta dalam komunikasi praktikal berdasarkan situasi harian.
• Mendedahkan peserta kepada unsur budaya masyarakat penutur jati bahasa Arab.
• Memupuk minat berterusan terhadap penguasaan bahasa Arab untuk tujuan akademik atau kerjaya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menyebut huruf bahasa Arab dengan betul;
• mengaplikasikan kosa kata dan ungkapan asas bahasa Arab dalam situasi harian;
• memahami elemen budaya masyarakat penutur jati bahasa Arab.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Sijil
Sijil Penyertaan ITBM