Latihan
HRD Corp. Claimable Course - AI & Terjemahan Digital : Mengurus Risiko & Produktiviti Korporat
Deskripsi
Dalam era digital masa kini, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penterjemahan semakin meluas dalam persekitaran korporat. Namun, tanpa pengendalian yang betul, penggunaan teknologi ini boleh menimbulkan risiko dari segi ketepatan terjemahan dan keselamatan data.Kursus ini direka khusus untuk membantu peserta memahami dan mengaplikasikan penggunaan AI dalam penterjemahan dokumen korporat secara efektif dan bertanggungjawab. Peserta akan didedahkan kepada landskap AI dalam konteks organisasi, teknik Machine Translation Post-Editing (MTPE), serta amalan terbaik dalam memastikan kualiti terjemahan melalui sesi klinik terjemahan digital.
• Kursus ini merupakan program HRD Corp Claimable dan terbuka kepada majikan serta organisasi yang mencarum dengan HRD Corp. Bayaran kursus boleh dibuat melalui tuntutan caruman HRD Corp tertakluk kepada kelulusan.
Kandungan
• Landskap AI & Risiko Korporat
• Teknik Machine Translation Post-Editing (MTPE)
• Klinik Terjemahan Digital
• Etika AI & Penilaian Akhir
Keperluan
1. Lengkapkan Borang Pendaftaran dan e-melkan kepada kami: training@itbm.com.my atau membuat PRA-PENDAFTARAN menerusi halaman ini.
2. Menerima e-mel pengesahan bersama dokumen sokongan daripada ITBM
3. Kemukakan permohonan GERAN HRD Corp.
4. Kirimkan pengesahan GERAN HRD Corp. kepada ITBM
POSTER & BORANG PENDAFTARAN
*Klik di sini untuk muat turun poster dan borang pendaftaran
https://itbm.com.my/hrdc/hrdc-2026-ai.pdf
HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN LANJUT:
*03-4145 1973 / 1891 atau e-mel training@itbm.com.my
Objektif
Bengkel ini membolehkan peserta mengendalikan peralatan kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan penterjemahan dokumen korporat dengan teknik pascasuntingan yang betul, di samping memahami protokol keselamatan data (NDA).
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta akan memahami penggunaan AI dalam penghasilan penterjemahan korporat, mengaplikasikan teknik MTPE, mengenal pasti risiko serta aspek keselamatan data, dan menghasilkan terjemahan yang berkualiti serta beretika.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan Bengkel Institut Terjemahan & Buku Malaysia
NOTA:
(1) PENGANJURAN SECARA 'IN-HOUSE TRAINING' & PENDAFTARAN BERKUMPULAN
*Sila hubungi 03-4145 1973 / 1891 atau e-mel training@itbm.com.my
(2)TENAGA PENGAJAR
NURUL HIDAYAH MOHAMAD ABDILLAH
Penyelaras Akademik ITBM
Ahli Australian Institute of Interpreters and Translators
• Berpengalaman luas sebagai jurulatih profesional, penterjemah, penyunting dan jurubahasa melebihi 15 tahun.
• Berlatar belakang pendidikan dalam bidang penterjemahan, kejurubahasaan serta jurisprudens.
• Pemenang Anugerah Terjemahan Negara 2012 (Kategori Kreatif).
• Mengetuai program pelatihan penterjemah ITBM meliputi pelbagai kursus yang bertujuan meningkatkan kemahiran penterjemah di Malaysia.