Latihan
French for Junior DELF A1
Deskripsi
Program French for Junior DELF A1 ini dirangka khas untuk memperkukuh penguasaan bahasa Perancis murid sekolah antarabangsa yang mempunyai asas bahasa Perancis melalui latihan berstruktur yang merangkumi kefahaman mendengar, membaca, menulis, menghafal dan mengenal sosiobudaya Perancis. Murid juga perlu dibiasakan dengan tugasan yang berorientasikan peperiksaan DELF A1.
• Tarikh: 6, 8, 13, 15, 20, 22, 27, 29 April 2027 (Selasa dan Khamis)
• Masa: 8.00 malam - 9.30 malam
• Mod: Secara dalam talian (Zoom)
Kandungan
• Révision et consolidation (Pengukuhan kosa kata, tatabahasa asas, pembinaan ayat dan ungkapan harian)
• Grammaire et vocabulaire (Kata kerja asas, kata nama, artikel, kata sifat, penafian (negation), kata tanya (ayat soal) dan kosa kata mengikut tema)
• Compréhension de l’oral (Pemahaman dialog ringkas, maklumat peribadi, nombor, masa, tarikh dan situasi harian)
• Compréhension des écrits (Pemahaman mesej, e-mel ringkas, jadual, iklan dan teks pendek)
• Production écrite et orale (Penulisan ayat dan mesej ringkas, memperkenalkan diri serta berinteraksi dalam situasi mudah)
• Entraînement DELF A1 (Latihan dan pendedahan arahan tugasan, latihan berpandu dan maklum balas)
Keperluan
• Gajet seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar
• Capaian Internet yang stabil
• Kamera web (webcam)
• Buku nota dan pen
*Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Wan Nursalam (03-4145 1941)
Objektif
• Menguasai asas bahasa Perancis melalui penggunaan kosa kata serta struktur tatabahasa asas yang bersesuaian dengan tahap A1.
• Memahami maklumat asas dalam bahasa Perancis melalui dialog dan pembacaan teks pendek yang berkaitan dengan situasi harian.
• Menghasilkan komunikasi bertulis yang ringkas dalam bahasa Perancis berdasarkan arahan, soalan atau situasi yang diberikan.
• Berkomunikasi secara lisan dalam situasi harian dengan menggunakan ungkapan dan ayat mudah yang bersesuaian dengan tahap A1.
• Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas bahasa Perancis dalam menyelesaikan tugasan latihan mengikut format peperiksaan DELF A1.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• Mengenal pasti dan menggunakan kosa kata serta struktur tatabahasa asas bahasa Perancis yang bersesuaian dengan tahap A1.
• Memahami maklumat utama daripada dialog dan teks pendek yang bersesuaian dengan tahap A1.
• Menghasilkan ayat dan mesej ringkas berdasarkan arahan atau situasi yang diberikan.
• Menggunakan ungkapan dan ayat mudah untuk berinteraksi dalam situasi harian.
• Menjawab tugasan latihan yang bersesuaian dengan format peperiksaan DELF A1 berdasarkan arahan yang diberikan.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis
Sijil
Sijil Penyertaan ITBM