Latihan

Diploma Profesional Penterjemahan

sell RM 3,780.00
location_on Wisma ITBM, Kuala Lumpur
timer 18 jam / 15 minggu
calendar_month 06 Jun 2026 - 05 Sep 2026
calendar_month 10 Oct 2026 - 15 Jan 2027

Deskripsi

Program ini merupakan sebuah program profesional dan intensif selama 14 minggu yang bertujuan untuk melatih peserta dalam bidang penterjemahan, memenuhi keperluan 25 jam kredit dengan peperiksaan akhir. Program ini akan bermula pada bulan Oktober 2025. Ia terdiri daripada modul dan subjek yang meliputi teori dan amalan penterjemahan. Pada akhir program, peserta akan menduduki peperiksaan penilaian sebagai sebahagian daripada keperluan tamat program.

Syarat Kelayakan:
- Terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau mempunyai kelayakan bahasa Melayu/Inggeris yang diiktiraf atau yang setara
- Mempunyai minat dalam bidang penterjemahan dan asas kemahiran bahasa tanpa mengira latar belakang pendidikan

Program Diploma Profesional Penterjemahan:
1) Ambilan 1/2025 : 6 Jun - 5 Sep 2026 (K1/2025)
2) Ambilan 2/2025 : 10 Okt - 15 Jan 2027 (K2/2025)

Kandungan

1) TBS1013 Pengenalan Penterjemahan / TBS1013 Introduction to Translation
2) TBS1023 Bahasa dalam Penterjemahan / TBS1023 Language in Translation
3) TBS1034 Praktis Penterjemahan Teks Teknikal / TBS1034 Translation Practice for Technical Texts
4) TBS1044 Praktis Penterjemahan Teks Bukan Teknikal / TBS1044 Translation Practice for Non-Technical Texts
5) TBS1053 Penyuntingan Terjemahan / TBS1053 Editing for Translation
6) TBS1062 Pengenalan Kejurubahasaan / TBS1062 Introduction to Interpreting
7) TBT1012 Teknologi dalam Penterjemahan / TBT1012 Technology in Translation
8) TBS1074 Projek Akhir / TBS1074 Final Project

Keperluan

Program ini merupakan sebuah program profesional dan intensif selama 14 minggu yang bertujuan untuk melatih peserta dalam bidang penterjemahan, memenuhi keperluan 25 jam kredit dengan peperiksaan akhir. Program ini akan bermula pada bulan Oktober 2025. Ia terdiri daripada modul dan subjek yang meliputi teori dan amalan penterjemahan. Pada akhir program, peserta akan menduduki peperiksaan penilaian sebagai sebahagian daripada keperluan tamat program.

Syarat Kelayakan:
- Terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau mempunyai kelayakan bahasa Melayu/Inggeris yang diiktiraf atau yang setara
- Mempunyai minat dalam bidang penterjemahan dan asas kemahiran bahasa tanpa mengira latar belakang pendidikan

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

1) Melahirkan penterjemah profesional yang kompeten dan berdaya saing.
2) Memantapkan pemahaman tentang proses penterjemahan yang sistematik dan beretika.
3) Memperkasa kemahiran komunikasi antara bahasa dan budaya melalui pendekatan keinsanan (human-centric).
4) Mengintegrasikan penggunaan teknologi penterjemahan terkini dalam setiap peringkat proses kerja.
5) Menerapkan aspek keusahawanan melalui pendekatan teori dan praktikal.

Rancangan Pembelajaran:
- Kuliah Mingguan (Kelas dalam Talian, setiap Sabtu, 9.00 pagi - 5.00 petang) - 11 kali
- Rakaman Tutorial (Video: 2 jam x 3 video seminggu - Isnin, Selasa Rabu) - masa menonton terpulang kesesuaian masa peserta
- Kelas hibrid (Pilihan : kelas dalam talian atau kelas bersemuka di Wisma ITBM, 9.00 pagi - 5.00 petang) 3 kali sepanjang program: Majlis Taklimat & Temu Kenal, Kelas kejurubahasaan dan Peperiksaan
*semua kuliah/kelas dirakam. Boleh ditonton dalam Sites DPP yang dibuka untuk peserta sahaja.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program, peserta dapat:

1) Memahami prinsip asas dan teknik menterjemah pelbagai teks sambil menangani cabaran linguistik dan budaya.
2) Menganalisis peranan linguistik (sintaksis, semantik, pragmatik) dalam penterjemahan dan menangani cabaran berkaitan makna dan budaya.
3) Membangunkan kemahiran menterjemah teks teknikal dan bukan teknikal menggunakan istilah khusus industri, dan memanfaatkan alat bantuan terjemahan.
4) Memahami asas penyuntingan, menganalisis dan menyunting terjemahan untuk meningkatkan ketepatan dan ketekalan linguistik.
5) Memahami asas kejurubahasaan dan mengamalkan teknik yang betul mengikut situasi.
6) Memahami peranan teknologi dan menggunakan alat perisian dalam amalan terjemahan moden.
7) Memahami dan mengurus proses projek terjemahan dengan baik.
8) Mempraktikan kemahiran dan penget

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Diploma Profesional Penterjemahan ITBM

Nota:
Program ini dibangunkan berdasarkan keperluan industri semasa dan tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kandungan dan struktur program disesuaikan dengan praktis industri serta tidak bertujuan untuk menggantikan kelayakan berakreditasi rasmi. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk institusi berkaitan bagi maklumat pengiktirafan kelayakan.




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)