Latihan
CALLING ALL GAMERS: Tukar Hobi Menjadi Kerjaya dengan Penterjemahan Game
Deskripsi
Calling All Gamers: Tukar Hobi Jadi Kerjaya dengan Penterjemahan Game dianjurkan bertujuan memberi pendedahan tentang keperluan kemahiran penyetempatan permainan, peluang menjana pendapatan, serta membekalkan kemahiran praktikal bagi menghasilkan terjemahan berkualiti. Dengan pertumbuhan pesat industri permainan digital global, bengkel ini membekalkan peserta dengan asas kemahiran terjemahan, pengetahuan industri serta panduan memulakan kerjaya dalam bidang game localisation.
Kandungan
1) Pengenalan & Asas Terjemahan Permainan
- Memahami Dunia Permainan Video
- Asas Terjemahan & Penyetempatan Permainan
- Struktur Kandungan & Jenis Permainan
- Peranan, Peluang Kandungan & Jenis Permainan
2) Teknikal, Alat & Strategi Penyetempatan
- Prinsip Terjemahan Permainan & Istilah Khusus
- Pengendalian Fail & Tag Terjemahan
- Alat CAT Tools & Amalan Terbaik
- Adaptasi Budaya & Transcreation
3) Projek Amali dan Persediaan Kerjaya
- Simulasi Projek Sebenar (Mock Project Setup)
- Amali Terjemahan Permainan
- Ulasan, LQA & Maklum Balas Projek
- Etika Profesional, Portfolio & Laluan Kerjaya
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)
Objektif
1) Mendedahkan peserta kepada kerjaya terjemahan permainan sebagai sumber pendapatan sampingan/utama.
2) Membekalkan kemahiran praktikal: Teknik terjemahan, penggunaan alat (CAT tools seperti Crowdin, Lokalise), dan memahami konteks budaya.
3) Menghubungkan peserta dengan platform terjemahan (contoh: Upwork, Fiverr, Gengo) dan syarikat permainan.
4) Meningkatkan kualiti terjemahan permainan tempatan / antarabangsa dengan tenaga kerja mahir.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
1) Menjelaskan potensi dan laluan kerjaya dalam bidang penterjemahan permainan, termasuk pilihan kerja sambilan dan sepenuh masa.
2) Mengaplikasikan teknik penterjemahan asas, menggunakan CAT tools seperti Crowdin dan Lokalise, serta menyesuaikan kandungan mengikut konteks budaya.
3) Mengenal pasti dan meneroka platform kerja seperti Upwork, Fiverr, dan Gengo serta peluang kerjasama dengan syarikat permainan.
4) Menghasilkan terjemahan permainan yang tepat dan berkualiti tinggi, sejajar dengan keperluan industri tempatan dan antarabangsa.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan Kursus/Bengkel ITBM