Latihan
Bengkel Tulisan Korea: Hangeul
Deskripsi
Bahasa Korea merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Korea. Antara elemen yang akan diterapkan dalam Bengkel Tulisan Korea: Hangeul ini merangkumi aspek seperti pengenalan sistem tulisan Hangeul, cara menulis Hangeul, cara membaca, dan lain-lain.
Butiran program:
1. Tarikh: 2 Jun 2026 (Selasa)
2. Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bengkel Tulisan Korea: Hangeul ini diperkenalkan kepada murid sekolah, pelajar atau orang awam yang berminat untuk mengetahui asas kepada sistem tulisan Korea ini. Program ini berlangsung selama 1 hari (4 jam) dan ia memfokuskan kepada elemen penulisan dan pembacaan tulisan Korea (Hangeul). Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mendapat pendedahan dan latihan yang intensif bagi menguasai sistem tulisan Hangeul dengan baik.
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Tujuan utama Bengkel Tulisan Korea: Hangeul ini adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Korea yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Dengan pendedahan kepada asas bahasa Korea, iaitu sistem tulisannya, diharapkan pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Korea dengan lebih mendalam.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan sistem tulisan bahasa Korea (Hangeul) kepada pelajar
ii. Mengajar pelajar cara untuk menulis dan membaca menggunakan sistem tulisan bahasa Korea (Hangeul)
iii. Menyediakan batu asas kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Korea dengan lebih mendalam dan di peringkat yang lebih tinggi
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti huruf-huruf / suku kata dalam bahasa Korea
ii. Membaca tulisan Korea yang ditulis menggunakan Hangeul
iii. Menulis bahasa Korea menggunakan tulisan Hangeul
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir secara penuh.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Korea.