Latihan
Bengkel Tulisan Jepun: Kanji
Deskripsi
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Jepun. Antara elemen yang akan diterapkan dalam Bengkel Tulisan Jepun: Kanji ini merangkumi aspek seperti asal usul Kanji, perbezaannya dengan Hiragana/Katakana, cara menulis Kanji, cara membaca, dan lain-lain.
Butiran program:
1. Tarikh: 4 Julai 2026
2. Masa: 9.00 pagi-12.00 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bengkel Tulisan Jepun: Kanji ini diperkenalkan kepada murid sekolah, pelajar atau orang awam yang berminat untuk mengetahui asas kepada satu sistem tulisan Jepun ini. Program ini berlangsung selama sehari (3 jam) dan ia memfokuskan kepada elemen penulisan dan pembacaan tulisan Jepun. Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mendapat pendedahan dan latihan yang intensif bagi menguasai sistem tulisan Kanji dengan baik.
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Tujuan utama Bengkel Tulisan Jepun: Kanji ini adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Jepun yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Dengan pendedahan kepada asas bahasa Jepun, iaitu sistem tulisannya, diharapkan pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Jepun dengan lebih mendalam.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
i. Memperkenalkan sistem tulisan bahasa Jepun (Kanji) kepada pelajar
ii. Mengajar pelajar cara untuk menulis dan membaca menggunakan sistem tulisan bahasa Jepun (Kanji)
iii. Menyediakan batu asas kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Jepun dengan lebih mendalam dan di peringkat yang lebih tinggi
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti sistem tulisan Kanji dan perbezaannya dengan Hiragana/Katakana
ii. Membaca tulisan Jepun yang ditulis menggunakan Kanji
iii. Menulis perkataan bahasa Jepun menggunakan Kanji
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir secara penuh.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.