Latihan

Bengkel Tulisan Cina: Hanzi dan Pinyin

sell RM 324.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 2 minggu
calendar_month 04 Jul 2026 - 11 Jul 2026

Deskripsi

Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Keindahan bahasa dan lenggok intonasinya yang unik, serta struktur ayat yang tersusun menjadikan bahasa ini medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Cina. Antara elemen yang akan diterapkan dalam Bengkel Tulisan Cina: Hanzi dan Pinyin ini merangkumi aspek seperti pengenalan sistem tulisan Cina, cara menulis Mandarin, cara membaca, dan lain-lain.

Kandungan

Bengkel Tulisan Cina: Hanzi dan Pinyin ini diperkenalkan kepada murid sekolah, pelajar atau orang awam yang berminat untuk mengetahui asas kepada sistem tulisan Mandarin ini. Program ini berlangsung selama 2 hari (3 jam/sesi) dan ia memfokuskan kepada elemen penulisan dan pembacaan tulisan Mandarin (Hanzi & Pinyin). Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah bersifat interaktif dan merangkumi strategi koperatif, reflektif dan amali, bagi meningkatkan kecekapan peserta dalam tempoh masa yang terhad tetapi berkesan. Melalui program ini, peserta akan mendapat pendedahan dan latihan yang intensif bagi menguasai sistem tulisan Mandarin dengan baik.

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

Tujuan utama Bengkel Tulisan Cina: Hanzi dan Pinyin ini adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Mandarin yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Dengan pendedahan kepada asas bahasa Mandarin, iaitu sistem tulisannya, diharapkan pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan lebih mendalam.

Antara objektif program ini adalah seperti berikut:

i. Memperkenalkan sistem tulisan bahasa Mandarin (Hanzi dan Pinyin) kepada pelajar
ii. Mengajar pelajar cara untuk menulis dan membaca menggunakan sistem tulisan bahasa Mandarin (Hanzi dan Pinyin)
iii. Menyediakan batu asas kepada para pelajar untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan lebih mendalam dan di peringkat yang lebih tinggi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program ini, peserta berupaya untuk:

i. Mengenal pasti huruf-huruf / suku kata dalam bahasa Mandarin
ii. Membaca tulisan Mandarin yang ditulis menggunakan Hanzi atau Pinyin
iii. Menulis bahasa Mandarin menggunakan Hanzi

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir secara penuh.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)