Latihan

Bengkel Sebutan Sepanyol

sell RM 165.00
location_on Institut Terjemahan & Buku Malaysia
timer 3 jam / 1 minggu
calendar_month 11 Feb 2026

Deskripsi

Bengkel Sebutan Sepanyol merupakan program bahasa yang dilaksanakan selama 3 jam, direka khusus untuk memberikan latihan kepada peserta yang berminat untuk memperbaiki sebutan dalam bahasa Sepanyol. Bengkel ini menekankan pendekatan yang santai bagi menambah baik aspek sebutan dalam bahasa Sepanyol, agar sebutan pelajar lebih dekat dengan sebutan penutur jati bahasa Sepanyol itu sendiri.

Butiran program:
1. Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
2. Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
3. Mod: Fizikal (Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Wangsa Maju)

Kandungan

Bahasa Sepanyol adalah antara bahasa yang paling meluas digunakan di dunia, kaya dengan ekspresi indah dan warisan budaya yang pelbagai. Bengkel Sebutan Sepanyol ini direka khas untuk murid sekolah, pelajar IPT atau orang awam sebagai satu bentuk latihan bagi memperelok sebutan dalam bahasa Sepanyol.

Kandungan program meliputi :
i. Nama dan sebutan huruf-huruf (vokal, konsonan, dll) dalam bahasa Sepanyol
ii. Perbezaan sebutan mengikut wilayah
iii. Tanda aksen & diaeresis dalam bahasa Sepanyol
iv. Kesilapan biasa oleh penutur bahasa Melayu dari segi sebutan
v. Latihan sebutan
vi. Tips bagi menambah baik sebutan bahasa Sepanyol

Keperluan

Komputer riba, buku dan alat tulis.

Objektif

Objektif Bengkel Sebutan Sepanyol adalah seperti yang berikut:

i. Memperkenalkan sebutan setiap huruf, gabungan huruf, atau gabungan suku kata dalam bahasa Sepanyol.
ii. Memberikan pendedahan kepada perbezaan sebutan bagi wilayah-wilayah berbahasa Sepanyol.
iii. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang kesilapan lazim yang dilakukan oleh penutur bahasa Melayu ketika menyebut perkataan bahasa Sepanyol
iv. Memberikan perkongsian tentang tips tambahan bagi memperbaiki sebutan bahasa Sepanyol.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir Bengkel Sebutan Sepanyol, peserta berupaya untuk:

i. Menyebut setiap huruf, suku kata, dan perkataan dalam bahasa Sepanyol dengan baik; menghampiri sebutan penutur jati bahasa Sepanyol.
ii. Mengetahui perbezaan-perbezaan sebutan dalam wilayah Sepanyol yang berlainan.
iii. Mengetahui tips bagi menambah baik sebutan dalam bahasa Sepanyol dan mempraktikkannya di luar bengkel.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)