Latihan
Bengkel Sebutan Perancis: Il faut bien articuler
Deskripsi
“Il faut bien articuler” membawa maksud “Menyebut dengan jelas”, dan bengkel ini direka khusus untuk membantu peserta meningkatkan kefasihan serta ketepatan sebutan dalam bahasa Perancis.
Bengkel ini menumpukan kepada penguasaan bunyi-bunyi asas bahasa Perancis, termasuk vokal nasal, konsonan khas, intonasi, serta ritma ayat—semua elemen penting yang membezakan kelancaran penutur baru dan pertuturan penutur asli.
Butiran program:
1. Tarikh: 11 dan 18 April 2026 (Setiap Sabtu)
2. Masa: 10.00 pagi - 11.30 pagi
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
1. Pengenalan bunyi asas bahasa Perancis
2. Latihan vokal nasal
3. Konsonan khas bahasa Perancis (R guttural, gn, ill)
4. Latihan intonasi dan ritma bahasa Perancis
5. Amalan "Liason & Enchaînement" (Asas)
6. Latihan pendengaran (Écoute)
7. Latihan dialog harian mengikut situasi
8. Ulangkaji dan pengukuhan
9. Klinik sebutan mini
10. Pengenalan ringkas sosiolinguistik (Dialek dan Variasi Francophonie)
Keperluan
1. Peranti mudah alih (telefon/tablet) untuk aktiviti audio dan kuiz dalam talian (jika diperlukan)
2. Fon teliga (headset) bagi latihan mendengar lebih jelas
Objektif
1. Memberikan pendedahan asas tentang bunyi dan sistem sebutan bahasa Perancis, termasuk vokal, vokal nasal, dan konsonan khas
2. Meningkatkan kefahaman peserta terhadap intonasi, ritma dan ciri khas pertuturan bahasa Perancis
3. Melatih peserta mengaplikasikan teknik sebutan yang betul dalam perkataan, frasa dan dialog harian
4. Membantu peserta mengenal pasti dan membetulkan kesilapan sebutan melalui latihan mendengar dan aktiviti interaktif
5. Meningkatkan keyakinan bertutur dalam bahasa Perancis melalui latihan praktikal dan pembentangan ringkas
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel, peserta dapat mengenal pasti, memahami dan mengaplikasikan teknik sebutan asas bahasa Perancis, termasuk vokal nasal, konsonan khas, intonasi, serta amalan liaison, dan mampu bertutur dengan lebih jelas melalui latihan dialog dan klinik sebutan.
Mod Pembelajaran
Kuliah
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir ke semua kelas.
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.