Latihan
Bengkel Penyuntingan Terjemahan (Intensif)
Kandungan
• Asas Penyuntingan Terjemahan
• Tatabahasa Melayu dalam Penyuntingan
• Kaedah Penyuntingan Berkomputer dan Manual
• Penyuntingan Terjemahan (Pelbagai Jenis Teks)
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)
Objektif
Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian dengan jenis teks,
• mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses suntingan, dan
• menjadi lebih mahir dalam menyunting pelbagai jenis teks.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom, Google Classroom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris