Latihan

Bengkel Penyuntingan Terjemahan (Edisi Ramadan | 9.00 pagi - 12.00 tengah hari)

sell RM 648.00
timer 18 jam / 6 hari berturut
calendar_month 09 Feb 2027 - 18 Feb 2027

Deskripsi

Bengkel ini memberi pendedahan asas hingga praktikal tentang cara menyunting terjemahan dengan tepat dan berkesan. Peserta akan mempelajari teknik penyuntingan, penguasaan tatabahasa Melayu, penggunaan kaedah manual dan berkomputer, serta latihan menyunting pelbagai jenis teks.

EDISI RAMADAN
Tarikh bengkel: 9 - 11 & 16 - 18 (Selasa - Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 12 tengah hari

Kandungan

• Asas Penyuntingan Terjemahan
• Tatabahasa Melayu dalam Penyuntingan
• Kaedah Penyuntingan Berkomputer dan Manual
• Penyuntingan Terjemahan (Pelbagai Jenis Teks)

Keperluan

Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam bentuk salinan lembut.)

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• mengenal pasti dan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian dengan jenis teks,
• mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses suntingan, dan
• menjadi lebih mahir dalam menyunting pelbagai jenis teks.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Kursus/Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)