Latihan

Bengkel Penterjemahan Teks Undang-Undang

sell RM 540.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 10 Jun 2026 - 11 Jun 2026
calendar_month 12 Nov 2026 - 13 Nov 2026

Deskripsi

Bengkel ini direka untuk membantu peserta menguasai asas dan teknik penterjemahan teks undang-undang dengan betul, tepat dan mengikut standard industri. Peserta akan mempelajari teori penterjemahan, pengukuhan bahasa Melayu dalam konteks perundangan, serta menjalani latihan amali melibatkan dokumen mahkamah dan dokumen awam sebenar. Melalui bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta akan berupaya menghasilkan terjemahan undang-undang yang profesional, konsisten dan diyakini.

Kandungan

• Asas, Teori, dan Teknik Penterjemahan
• Bahasa Melayu dalam Penterjemahan
• Amali Penterjemahan (Dokumen Mahkamah & Dokumen Awam) dan Perbincangan

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks undang-undang menggunakan prosedur penterjemahan yang betul, tepat, dan selari dengan amalan industri.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• menterjemah teks undang-undang menggunakan prosedur penterjemahan yang betul, tepat, dan selari dengan amalan industri.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)