Latihan
Bengkel Pembacaan Pruf (Intensif)
Deskripsi
Ingin meningkatkan kemahiran dalam memastikan ketepatan dan kejelasan teks? Sertai ini untuk menguasai seni pembacaan pruf, satu kemahiran penting bagi sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan, penyuntingan, penerbitan, atau komunikasi.
Dalam bengkel ini, peserta akan mempelajari asas-asas pembacaan pruf, panduan dan kaedah terbaik, serta berpeluang untuk mengasah kemahiran melalui amali praktikal. Sama ada anda seorang penulis, editor, pelajar, atau profesional yang ingin meningkatkan kualiti kerja, bengkel ini direka untuk memberikan anda panduan dan teknik yang diperlukan untuk menghasilkan teks yang bebas daripada kesilapan.
Apa yang Akan Anda Pelajari?
- Asas Pembacaan Pruf: Memahami peranan dan kepentingan pembacaan pruf
- Panduan dan Kaedah Pembacaan Pruf: Meneroka teknik dan strategi
Nota : Kelas pada 10 - 14 Mac 2025 (Bulan Ramadan) diadakan 3 jam sehari, iaitu pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Kandungan
• Asas Pembacaan Pruf
• Panduan dan Kaedah Pembacaan Pruf
• Amali Pembacaan Pruf (teks bahasa Inggeris & bahasa Melayu)
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)
Objektif
Untuk membolehkan peserta berupaya untuk membuat pembacaan pruf menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• memahami aspek-aspek penting dalam pembacaan pruf, dan
• memahami dan menggunakan panduan dan kaedah pembacaan pruf yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan disediakan untuk peserta.