Latihan
Bengkel Melatih Penterjemah Komersial
Deskripsi
Bengkel intensif ini dirancang untuk membantu peserta memulakan kerjaya sebagai penterjemah sambilan yang profesional dan berkredibiliti. Peserta akan mempelajari persediaan asas menjadi penterjemah, cara menyediakan dokumen sokongan, menentukan kadar bayaran, serta strategi mendapatkan pelanggan. Bengkel ini turut disertai sesi perkongsian pengalaman daripada praktisi industri. Peserta yang menamatkan bengkel akan menerima Sijil Penyertaan Bengkel ITBM.
Edisi Kelas Malam
•Tarikh: 12, 13, 14, 19 & 20 Mei 2025
•Masa: 8.30 - 11.00 malam
Kandungan
Kandungan
• Persediaan Menjadi Penterjemah
• Keperluan Asas dan Khusus
• Penyediaan Dokumen Sokongan
• Cara Menentukan Kadar Bayaran
• Cara Mengenali dan “Memancing” Pelanggan
• Sesi Perkongsian Pengalaman
Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)
Objektif
Untuk mendedahkan peserta dengan persiapan asas sebagai penterjemah sambilan yang berkredibiliti dan profesional.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• membuat persiapan diri sebagai penterjemah,
• menyediakan dokumen yang berkaitan,
• menentukan kadar harga yang sesuai bagi perkhidmatan yang ditawarkan, dan
• mengenal pasti dan mendapatkan pelanggan.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom, Google Classroom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Sijil
Sijil Penyertaan Bengkel ITBM