Latihan

Bengkel Melatih Penterjemah Komersial (Intensif)

sell RM 500.00
timer 12 jam / 2 hari
calendar_month 26 Aug 2025 - 27 Aug 2025

Kandungan

• Persediaan Menjadi Penterjemah
• Keperluan Asas dan Khusus
• Penyediaan Dokumen Sokongan
• Cara Menentukan Kadar Bayaran
• Cara Mengenali dan “Memancing” Pelanggan
• Sesi Perkongsian Pengalaman

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)

Objektif

Untuk mendedahkan peserta dengan persiapan asas sebagai penterjemah sambilan yang berkredibiliti dan profesional.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• membuat persiapan diri sebagai penterjemah,
• menyediakan dokumen yang berkaitan,
• menentukan kadar harga yang sesuai bagi perkhidmatan yang ditawarkan, dan
• mengenal pasti dan mendapatkan pelanggan.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)