Latihan

Bengkel Bahasa Arab Komunikasi

sell RM 540.00
location_on Institut Terjemahan & Buku Malaysia
timer 12 jam / 2 minggu
calendar_month 15 Aug 2026 - 22 Aug 2026

Deskripsi

Bengkel Bahasa Arab Komunikasi merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memperkukuh kemahiran berkomunikasi asas dalam bahasa Arab melalui pendekatan praktikal dan interaktif. Bengkel ini dilaksanakan selama 12 jam (6 jam/sesi). Bengkel ini memfokuskan latihan dialog, aktiviti berkumpulan dan simulasi situasi harian dalam bahasa Arab.

Butiran program:
1. Tarikh: 15 dan 22 Ogos 2026
2. Masa: 9.00 pagi-4.00 petang
3. Tempat: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Kandungan

1. Sapaan dan ungkapan asas harian
2. Huruf bahasa Arab dan kaedah sebutan
3. Pengenalan diri dan bertanya khabar
4. Masa, nombor, tarikh
5. Struktur ayat mudah dalam komunikasi bahasa Arab
5. Perbualan mudah berdasarkan situasi seperti di rumah, di pasar raya, di taman rekreasi
6. Arah dan minat (suka atau tidak suka)
7. Latihan bertutur secara berpasangan
8. Aktiviti role-play dan simulasi komunikasi

Keperluan

Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.

Objektif

i. Memahami asas sebutan dan intonasi bahasa Arab dengan betul.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan ayat mudah yang dipelajari dalam komunikasi harian.
iii. Meningkatkan keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Arab.
iv. Mengaplikasikan struktur ayat mudah bahasa Arab dalam perbualan asas.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti huruf, perkataan dan ayat mudah bahasa Arab dengan sebutan serta intonasi yang betul dan memahami konteks perbualan harian.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan ayat mudah yang dipelajari dalam komunikasi harian
iii. Bertutur dalam bahasa Arab secara lisan dengan yakin
iv. Mengenal pasti struktur ayat dan membina ayat mudah untuk berkomunikasi.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)