Latihan

Bengkel Asas Penyarikataan

sell RM 540.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 24 Jun 2026 - 25 Jun 2026

Deskripsi

Bengkel ini memberikan pendedahan menyeluruh tentang dunia penyarikataan—daripada asas proses, aliran kerja, gaya bahasa, sehinggalah kepada kesalahan umum yang perlu dielakkan. Peserta turut meneroka isu linguistik penting, memahami skop penilaian sari kata dan menjalani latihan praktikal penyuntingan pelbagai jenis sari kata menggunakan teknologi semasa. Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, peserta akan mampu menghasilkan sari kata yang tepat, kemas dan profesional, selari dengan kehendak industri penyiaran dan kandungan digital.

Kandungan

• Asas Penyarikataan (Pengenalan, Proses, Kaedah & Aliran Kerja)
• Isu Linguistik dan Gaya Penyarikataan
• Skop Penilaian Sari Kata
• Kesalahan Umum dalam Penyarikataan
• Latihan Subtitle Edit (Pelbagai Jenis)

Keperluan

• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)


Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta memahami perkara asas berkaitan dengan penyarikataan sesuatu program dari sudut teori dan praktiknya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bengkel ini, peserta berupaya untuk:
• memahami secara asas berkenaan dengan penyarikataan,
• mengenal pasti dan menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk tujuan penyarikataan, dan
• menterjemahkan sari kata dengan menggunakan teknik yang betul dan bersesuai.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom, Google Classroom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)