Latihan

Bengkel Asas Kejurubahasaan

sell RM 648.00
location_on Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
timer 18 jam / 3 hari berturut
calendar_month 17 Sep 2026 - 19 Sep 2026

Deskripsi

Bengkel ini direka khusus untuk sesiapa yang ingin memahami dan menguasai asas dunia kejurubahasaan secara profesional. Peserta akan didedahkan kepada peranan jurubahasa, kod etika, teknik dan proses kejurubahasaan, serta strategi mengurus pelbagai situasi sebenar. Melalui sesi teori dan latihan amali, peserta akan belajar melaksanakan tugasan kejurubahasaan secara tepat, beretika dan sesuai dengan konteks. Bengkel ini sesuai untuk individu yang mahu memulakan kerjaya dalam bidang jurubahasa atau meningkatkan kemahiran sedia ada.

Kandungan

• Pengenalan kepada Kejurubahasaan
• Peranan dan Jenis Kejurubahasaan
• Kod Etika Profesional Jurubahasa
• Teknik Asas Kejurubahasaan
• Proses Asas Kejurubahasaan
• Strategi Proses Kejurubahasaan
• Kekangan dalam Kejurubahasaan
• Latih Amal

Keperluan

Keperluan
• Capaian Internet 3 ‒ 5GB sehari (bergantung kepada jenis penyedia perkhidmatan Internet dan gadjet yang digunakan).
• Kamera web (webcam).
• Mesin pencetak (sekiranya ada untuk tujuan mencetak bahan tambahan. Namun sekiranya tiada, peserta boleh merujuk bahan dalam
bentuk salinan lembut.)

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :
1) Pendaftaran & maklumat program: 03-4145 1891 (Shida)
2) Akademik : 03-4145 1973 (Hidayah)
3) Yuran & Pembayaran : 03-4145 1822 (Rashidie)
4) Pentadbiran : 03-4145 1977 (Shikin)

Objektif

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan yang betul dan sesuai mengikut konteks.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya untuk:
• mempraktikan tugasan kejurubahasaan berturut mengikut teknik, proses dan strategi kejurubahasaan yang betul dan sesuai dengan
konteks.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Sijil

Sijil Penyertaan Bengkel ITBM




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)