Latihan
Bahasa Turki Ekspres
Deskripsi
Program Bahasa Turki Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Turki dan dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Turki melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.
Butiran program:
1. Tarikh: 14 dan 21 November 2026 (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bahasa Turki merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Turki. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Turki Ekspres merangkumi aspek berikut:
1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Turki harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan bahasa Turki
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Turki
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Objektif program Bahasa Turki Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Turki yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Turki harian dalam perbualan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program Bahasa Turki Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Turki seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Turki seperti makanan, sukan dan muzik.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Turki
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Turki