Latihan

Bahasa Sepanyol Ekspres

sell RM 55.00
location_on Atas Talian
timer 4 jam / 2 minggu berturut
calendar_month 01 Nov 2025 - 08 Nov 2025

Deskripsi

Program Bahasa Sepanyol Ekspres merupakan program bahasa yang dilaksanakan selama 2 sesi atau 4 jam, direka khusus untuk memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat untuk mempelajari bahasa Sepanyol. Program ini menekankan pendekatan komunikatif dan santai secara individu atau berkumpulan, berbeza daripada pendekatan akademik dan penilaian peperiksaan. Program ini akan membuka ruang kepada peserta untuk mengenali bahasa dan budaya Sepanyol yang merupakan bahasa asing dengan jumlah penutur yang signifikan dan digunakan di lebih 20 buah negara.

Butiran program:
1. Tarikh: 1 November dan 8 November (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 - 11.30 pagi
3. Mod: Atas Talian (Zoom)

Kandungan

Bahasa Sepanyol adalah antara bahasa yang paling meluas digunakan di dunia, kaya dengan ekspresi indah dan warisan budaya yang pelbagai. Program Bahasa Sepanyol Ekspres ini direka khas untuk murid sekolah, pelajar IPT dan orang awam sebagai pendedahan awal kepada bahasa dan budaya Sepanyol.

Kandungan program meliputi :
i. Tatabahasa: Penekanan pada tatabahasa asas seperti kata ganti nama, konjugasi kata kerja dan susunan ayat dalam konteks pengenalan diri dan interaksi asas.

ii. Perbendaharaan Kata: Penggunaan kosa kata harian bagi sapaan, nombor, pekerjaan dan lain-lain

iii. Budaya: Pengenalan kepada budaya seperti adat kebiasaan, makanan, perayaan, muzik dan gaya hidup bagi masyarakat Sepanyol dan juga Amerika Latin

Keperluan

Buku latihan dan alat tulis

Objektif

Objektif Program Bahasa Sepanyol Ekspres adalah seperti yang berikut:

i. Mencetus minat peserta untuk mempelajari bahasa Sepanyol melalui pelbagai kandungan program yang merangkumi pelbagai aspek asas bahasa Sepanyol.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor untuk kegunaan dalam situasi harian.
iii. Memberi gambaran tentang budaya Sepanyol seperti makanan, muzik dan tradisi yang berbeza antara penutur dari negara Sepanyol (Eropah) dan Amerika Latin.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Bahasa Sepanyol Ekspres, peserta berupaya untuk:

i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Sepanyol seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Sepanyol seperti makanan, perayaan dan muzik.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)