Latihan
Bahasa Mandarin Ekspres
Deskripsi
Program Bahasa Mandarin Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Mandarin dan dilaksanakan selama 6 jam (3 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Cina melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.
Butiran program:
1. Tarikh:
- Sesi 1: 7 dan 14 Februari 2026 (2 kali Sabtu)
- Sesi 2: 20 dan 27 Jun 2026 (2 kali Sabtu)
2. Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Cina. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Mandarin Ekspres merangkumi aspek berikut:
1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Mandarin harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan bahasa Mandarin
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Mandarin
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Objektif program Bahasa Mandarin Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Mandarin yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Mandarin harian dalam perbualan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program Bahasa Mandarin Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Mandarin seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Cina seperti makanan, sukan dan muzik.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada kedua-dua sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin