Latihan
Bahasa Arab Ekspres (Edisi Ramadan)
Deskripsi
Program Bahasa Arab Ekspres (Edisi Ramadan) merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Arab dan dilaksanakan selama 6 jam (1 jam/sesi) pada bulan Ramadan. Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Arab melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.
Butiran program:
1. Tarikh: 23, 25, dan 27 Februari; 2, 4, dan 6 Mac
2. Masa: 10.00 - 11.00 pagi
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)
Kandungan
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Arab. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Arab Ekspres merangkumi aspek berikut:
1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Arab harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan huruf bahasa Arab berserta barisnya
3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Arab
Keperluan
Komputer riba, capaian Internet, kamera Web (Webcam), buku dan alat tulis.
Objektif
Objektif program Bahasa Arab Ekspres (Edisi Ramadan) adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Arab yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Arab harian dalam perbualan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program Bahasa Arab Ekspres (Edisi Ramadan), peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Arab seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Arab seperti makanan, sukan dan muzik.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pembelajaran
Zoom
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
Sijil
Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir untuk empat sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab