Latihan

Bahasa Arab Ekspres

sell RM 55.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 3 minggu berturut
calendar_month 05 Nov 2025 - 19 Nov 2025

Deskripsi

Program Bahasa Arab Ekspres merupakan program khas yang diperkenalkan oleh ITBM untuk memberi pendedahan awal kepada orang awam yang berminat untuk mempelajari asas bahasa Arab dan dilaksanakan selama 6 jam (2 jam/sesi). Program ini memfokuskan elemen komunikasi dan budaya Arab melalui pendekatan didik hibur dan interaktif serta bebas daripada tekanan penilaian peperiksaan.

Butiran program:
1. Tarikh: 5, 12 dan 19 November (Hari Rabu)
2. Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
3. Mod kelas: Dalam Talian (aplikasi Zoom)

Kandungan

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa digunakan secara meluas di seluruh dunia. Keistimewaan bahasa dan struktur linguistik yang unik, serta bentuk ayat yang sistematik menjadikan bahasa ini medium komunikasi antarabangsa yang mencerminkan kehalusan seni dan budaya masyarakat Arab. Justeru, antara elemen yang akan diterapkan dalam program Bahasa Arab Ekspres merangkumi aspek berikut:

1) Sapaan dan ungkapan asas dalam perbualan Arab harian
2) Kaedah tulisan dan sebutan huruf bahasa Arab berserta barisnya 3) Nombor, masa dan tarikh
4) Kata tanya
5) Makanan/minuman
6) Budaya penutur jati Arab

Keperluan

Buku latihan dan alat tulis

Objektif

Objektif program Bahasa Arab Ekspres adalah seperti yang berikut:
i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Arab yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya.
ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta.
iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Arab harian dalam perbualan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program Bahasa Arab Ekspres, peserta berupaya untuk:
i. Mengenal pasti dan memahami frasa asas dalam bahasa Arab seperti sapaan dan nombor.
ii. Mengaplikasikan kosa kata dan frasa asas dalam perbualan harian.
iii. Mengenal pasti perbezaan elemen budaya Arab seperti makanan, sukan dan muzik.

Mod Pembelajaran

Kuliah, Latihan, Perbincangan

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab

Sijil

Catatan Tambahan:
i. Sijil Penyertaan ITBM akan diberikan kepada peserta yang hadir pada ketiga-tiga sesi
ii. Bahasa pengantar yang digunakan: Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)