Kursus
Anda berminat untuk menguasai kemahiran menterjemah dan kejurubahasaan serta mendalami bahasa asing?
Akademi ITBM menyediakan kursus/latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana kondusif dan selesa serta menggunakan pelbagai teknik seperti latihan kerja individu/berkumpulan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Kepelbagaian metodologi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.
Selain jadual kursus/latihan yang disediakan, Akademi ITBM juga sedia menganjurkan kursus/latihan atas permintaan dan keperluan anda – di Wisma ITBM atau di lokasi pilihan anda.
Senarai dan pendaftaran kursus/latihan yang dikendalikan oleh Akademi ITBM DI SINI.
- Kursus/latihan Penterjemahan Am
Ditawarkan secara sepenuh masa (10 hari) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.
- Kursus/latihan Bahasa
Kursus/latihan ini ditawarkan mengikut permintaan anda. Bukan sekadar tentang bahasa, turut didedahkan aspek budaya masyarakat penuturnya.
- Kursus/latihan Lain
Turut ditawarkan di ITBM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.
- Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran yang sesuai bagi setiap peserta.
- Bengkel/kursus/latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu (bergantung pada keadaan).
NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.
Pembayaran
- Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, wang pos, draf bank atau deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos atau draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama “Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad”.
- Pembayaran juga boleh dibuat atas nama Institut Terjemahan & Buku Malaysia melalui:
- Maybank Berhad 512204217381
- JomPay
Biller Code: 15107
Ref-1: No. SRF
Ref-2: No. telefon pelanggan
- Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel atau deposit tunai, pelanggan hendaklah menghantar salinan slip (yang diimbas/scan) melalui e-mel kepada Akademi ITBM (e-mel: training@itbm.com.my) sebagai bukti pembayaran.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Akademi ITBM:
Talian am | +603 4145 1976 |
Faks | +603 4143 2964 |
E-mel | akademi@itbm.com.my / info.blk@itbm.com.my |