Kejurubahasaan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa profesional, mahir dan terlatih untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Tertakluk kepada keperluan dan permintaan pelanggan, ITBM bersedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang yang membabitkan khidmat interpretasi, seranta, berturut, mahkamah dan pengiring pelbagai bahasa bagi urusan perniagaan, persidangan, seminar dan diplomatik.

Jenis Jurubahasa

ITBM menyediakan perkhidmatan jurubahasa seperti berikut:

1) Jurubahasa serentak

2) Jurubahasa berturut

3) Jurubahasa mahkamah

Anda boleh mendapatkan sebut harga khidmat jurubahasa ITBM ini DI SINI.

Pembayaran

Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung kepada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Tempoh projek.
  3. Jenis acara.
  4. Sebarang keperluan lain.

  5. Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, deposit tunai dan pesanan kerajaan (LO) bagi agensi dan badan kerajaan. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama “Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad” atau melalui:
      - Maybank Berhad 512204217381

      - JomPay
      Biller Code: 15107
      Ref-1: No. SRF
      Ref-2: No. telefon pelanggan

    Semua urusniaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

    NOTA: Pelanggan perlu menghubungi ITBM sekurang-kurangnya empat hari bekerja sebelum acara berlangsung. Sila hubungi:

    interpreting@itbm.com.my
    +603 4145 1972 (Nurfarahanis)