ISBN: 9789830688275
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
Latih minda anda dengan senaman penulisan harian ini!
Yoga untuk Minda membantu penulis dalam semua peringkat usia, daripada umur 12 tahun hinggalah dewasa, untuk mempelajari cara menulis dengan lebih bebas, berani, dan beruji kaji serta bermain dengan kata-kata. 365 langkah penulisan harian ini sangat menarik, menyeronokkan, menghiburkan, mencabar, membuatkan anda berfikir, serta unik – atau kesemuanya sekali!
Buku ini juga mengandungi cadangan untuk aktiviti penulisan dalam “dunia sebenar”, yang direka untuk membantu penulis melibatkan diri dalam projek yang sangat bermakna untuk menajamkan kemahiran penulisan mereka.Contoh daripada Yoga untuk Minda:
• Bayangkan hidangan makan malam biasa yang anda nikmati. Ceritakan setiap hidangan seolah-olah hidangan itu eksotik dan jarang ditemui. Ceritakan seberapa hebat yang boleh. (Hidangan ini bukanlah sekadar makaroni dan keju. Ia adalah hidangan pasta yang dimasak sempurna dengan curahan sos lazat yang diadun dengan keju import dan krim pekat daripada susu lembu yang terbaik.)
• Clarissa dan Elaina saling membenci. Gambarkan suatu mesyuarat yang dihadiri oleh mereka. Maklumkan kepada pembaca bahawa mereka sebenarnya saling membenci tanpa menyatakannya secara langsung.
• Dalam kebanyakan program komputer, CTRL-Z membolehkan anda membatalkan tindakan sebelumnya. Pernahkah anda berharap yang anda mempunyai CTRL-Z dalam kehidupan sebenar? Bagaimanakah jika mesin rumput mempunyai CTRL-Z, yang dapat membatalkan mesin itu daripada terkena batu hingga menyebabkan batu itu terpelanting ke tingkap? Bagaimana pula jika mulut anda mempunyai CTRL-Z, yang membolehkan anda menarik semula kata-kata kasar yang diucapkan?
Apakah manfaat lain CTRL-Z yang dapat anda fikirkan untuk digunakan selain dalam dunia komputer?
Yoga untuk Minda sesuai digunakan oleh penulis, atau dijadikan bahan untuk mengajar di dalam kelas. Melalui buku ini, penulis bukan sahaja dapat menajamkan minda, malah dapat mengasah kreativiti mereka!