Buku ini memfokuskan warisan sakral yang masih diamalkan di Malaysia sehingga ke hari ini. Jika ditinjau dari sudut sejarah, budaya sakral ini terhasil daripada suatu proses yang panjang yang dipengaruhi animisme dan Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Cerita-cerita sakral biasanya dituturkan oleh orang tua-tua dan dianggap suci, benar-benar terjadi, dan tidak boleh dibuat main-main.
Buku ini mengumpulkan 11 buah makalah yang memberi fokus kepada pelbagai warisan sakral yang terdapat di Malaysia. Warisan tersebut mencakupi sebarang bentuk amalan, aktiviti, atau kepercayaan yang dianggap suci dan benar oleh masyarakat pemiliknya, atau yang berkait rapat dengan kepercayaan sesuatu masyarakat.
Para peminat budaya, ahli akademik, pelajar, dan ahli masyarakat boleh menjadikan buku ini sebagai naskah yang harus dimiliki bagi menambahkan khazanah ilmu yang berkait rapat dengan budaya dan warisan masyarakat Malaysia.