ISBN: 9789830686608
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Sains, Umum, Kesihatan
Buku ini mendedahkan mengapa tubuh kamu memerlukan pemakanan seimbang untuk kekal sihat. Ia menerangkan jumlah nutrien yang kamu perlu makan setiap hari dan juga memberitahu kamu makanan yang mengandungi nutrien tersebut. Kepentingan air dan serat dalam pemakanan turut dibincangkan. Buku ini melihat cara tubuh kita mencerna dan menyimpan makanan serta bagaimana lebihannya dikeluarkan sebagai buangan. Ia juga mengkaji masalah kesihatan dan penyakit yang mungkin terjadi apabila tubuh kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit jenis makanan tertentu.