Kesusasteraan kanak-kanak sering diabaikan malah ada yang menganggap sebagai kesusasteraan kelas kedua. Hal ini kerana sikap pengarang atau penulis sendiri yang berasa rendah diri, untuk berdiri sama tinggi dengan pengarang atau penulis kesusasteraan dewasa. Kurangnya pengiktirafan dalam kategori sastera kanak-kanak dalam anugerah atau sayembara sastera menyebabkan sastera kanak-kanak semakin terpinggir di sudut persada sastera tanah air.
Buku ini sesuai dibaca dan dimiliki oleh individu yang ingin dan bercita-cita tinggi menjadi penulis mapan yang ingin menceburkan diri dalam penulisan karya dalam kesusasteraan kanak-kanak kini semakin cerah, kerana semakin banyak penerbit yang berlumba-lumba memberikan tumpuan kepada penerbitan buku kanak-kanak. Oleh itu, usah bertangguh lagi, mari kita berlumba-lumba memperkaya kesusasteraan kanak-kanak.