ISBN: 9789830687827
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Sastera Kebangsaan (Bahasa Asing)
“Chinua Achebe merupakan salah seorang intelektual agung dan tokoh etika zaman ini.”
-Leon Botstein, Presiden, College Bard.
Novel yang mengisahkan tentang pergolakan peribadi dan moral serta konflik sosial, ditulis oleh Achebe sebelum beliau berusia 30 tahun. Obi Okonkwo yang mendapat pendidikan di luar negara berasa terpisah daripada asal usulnya. Dia yang akhirnya menjadi sebahagian daripada golongan elit pemerintah mula meluat dengan amalan rasuah. Achebe berjaya menggambarkan dengan jelas serta penuh perasaan tentang konflik antara nilai tradisional dengan dunia moden. Konflik ini masih relevan selepas 30 tahun ia dikisahkan. Tiada Lagi Ketenangan kekal menjadi sebuah kenyataan yang jujur tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Afrika.