Buku ini membincangkan matlamat sejagat dunia mengajar yang antara lain bertujuan menanam sikap positif dalam diri pelajar terhadap proses pembelajaran di sekolah. Ia menjelaskan corak persekitaran yang mempengaruhi sikap, serta cara mengenali dan menilai seseorang pelajar. Turut dibincangkan ialah kaedah terbaik yang dapat membantu pelajar menggunakan apa yang dipelajari dengan sebaik mungkin, selain cara mempengaruhi mereka untuk terus tekun belajar.