ISBN: 9789674601355
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Ketulusan Kamaria Buang mencipta puisi dari hati sanubarinya, membuat puisi-puisinya menyentuh setiap ketidakwajaran perlakuan insan dan rintihan alam jadi suntikan santai, ke jiwa mereka yang menghayati puisi beliau.
Namun dalam kelembutan naluri seorang wanita, Kamaria Buang membedil dengan keteguhan seorang ibu, kegagahan seorang srikandi terhadap apa yang membara di dalam jiwa raganya.
Sama ada nostalgia kehidupan masyarakat Melayu yang amat dirinduI atau dikesalinya seperti yang terpapar dalam puisi “Anak Tetangga Kelantan Lane” yang merangkul Anugerah Sastera 2009, atau karya-karya terkini beliau, semuanya punyai lapisan utusan untuk anak bangsa menyedari hakikat kehidupan yang perlu menelan liur persaingan, demi tuntutan pembangunan yang pesat dan amat mencabar.
Lima ratus kuntum puisi yang telah dihasilkan Kamaria Buang sejauh ini, hanya satu titik tinta yang belum menjamin kepuasan beliau berkarya-lahirnya buku ini, membakar lagi keutuhan, kejernihan dan perjuangan Kamaria menerusi puisi, dalam mengenalkan jiwa bangsanya, dalam meluahkan tangisan anak buminya, dalam menghidupkan kemaraan anak Melayu Singapura, yang memang bukan saja terkenal dengan kehalusan seni dan budayanya, tapi utuh pendirian batin meredah cabaran zaman yang melanda dunia, lebih-lebih lagi setitik saga di Khatulistiwa.
Nadiputra Almahdi
Penerima Anugerah Tun Seri Lanang
Pengarah/Penulis Skrip Teater, TV dan Radio