ISBN: 9789674304416
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
“Siapa kami di hati Nek Som? Sampai bila Nek Som mahu melayan keluarga kami macam ni? Sampai bila Nek Som hendak membenci mak secara terang-terangan?”
Sungai Tong mengisahkan konflik kekeluargaan yang melibatkan tiga generasi. Zinnirah yang merupakan generasi ketiga dalam keluarga cuba meleraikan konflik yang telah lama melanda emak dan neneknya. Sebagai orang muda, Zinnirah berdepan dengan pelbagai cabaran untuk melenturkan hati dan membuang ego neneknya.
Sebagaimana sungai kadang-kadang banyak memberi manfaat, kadang-kadang dicemari oleh kotoron sehingga fungsinya terhenti. Begitu jugalah halnya dengan institusi kekeluargaan yang perlu dipelihara oleh ahlinya. Berlatarbelakangkan sungai yang menjadi titik pertembungan masyarakat, kisah ini menyaksikan sikap dan tindakan generasi tiga zaman mendepani krisis yang melanda keluarga mereka.