Buku

Sungai Semambu Ke Monash: Kembara Ilmu Seorang Pensyarah Fizik

Penulis: Muhammad Yahaya

ISBN: 9789674608606

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Memoir ini merupakan kenangan seorang ahli akademik yang tugas utamanya adalah untuk mengajar, menyelidik dan berkhidmat kepada masyarakat. Memoir ini bermula dengan kisah perjalanan hidup penulis sebagai seorang pelajar dari Sekolah Umum Tanah Liat, berpindah ke Kuala Lumpur, dan seterusnya menyambung pelajaran di Bandung, Indonesia demi segulung ijazah, hinggalah akhirnya memperoleh ijazah tertinggi di Australia.

Banyak pengalaman baharu yang ditempuh semasa mengikut sistem pembelajaran di Indonesia hanya diceritakan secara bersahaja. Namun begitu, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menjadikan penyelidikan sebagai budaya dalam kehidupan yang menjadi misi utama dalam kerjaya penulis dihuraikan dengan terperinci. Mempelajari sains dalam bahasa Melayu dalam keadaan yang serba kekurangan juga terbukti mencabar dan penuh dengan suka duka. Bagaimanapun, hal ini dapat diatasi dengan adanya minat yang tinggi serta bekerja kuat untuk menguasainya.

Memoir ini turut menjelaskan pelibatan, kegiatan, pengalaman dan pandangan penulis, terutama yang berhubung dengan beberapa peristiwa dalam dunia akademik yang menyentuh banyak pihak, rakan sekerja, pentadbir, bahkan keluarga sendiri. Bertugas sebagai pentadbir akademik juga cukup mencabar kerana sudah tentu mengurusahli intelek yang penuh dengan idiosinkrasinya dan selalu berpandangan, “kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.”