Buku

Sosiolinguistik

Penulis: Noriah Mohamed, Aniswal Abd Ghani

ISBN: 9789874808484

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Sosio” merujuk perihal masyarakat: anggota masyarakat iaitu jantina, bangsa, umur, identiti mereka dalam masyarakat yang berkaitan dengan aspek siapa, tempat, sebab, cara, waktu dan sebagainya dalam keadaan mereka bermasyarakat, yakni menggunakan bahasa. Perbezaan bahasa dapat dilihat dari sudut negeri atau daerah, pekerjaan dan pendidikan, kedudukan dalam masyarakat, agama dan budaya yang diamalkan.

“Linguistik” ialah perihal ilmu berkaitan dengan bahasa. Kajian loghat atau telor yakni dialek secara asas tertumpu pada perbezaan sebutan. Dialek juga dapat dilihat dari sudut tatabahasa dan pemilihan perkataan. Perkembangan ekonomi negara melalui pendidikan dan pekerjaan telah melancarkan penghijrahan rakyatnya yang menghasilkan pertembungan masyarakat bahasa yang dahulunya berlaku secara terhad di daerah atau negeri sahaja. Pertembungan bahasa dan budaya ini menambah kepelbagaian dalam sesuatu masyarakat bahasa dan menyumbang kepada wujudnya masyarakat bahasa yang agak kompleks. Perkembangan teknologi dan perubahan cara hidup dan perhubungan juga mewujudkan komuniti bahasa ruang maya.

Maka sosiolinguistik ialah bidang ilmu yang cuba memahami dan merungkai proses yang berlaku dalam masyarakat yang berbahasa, yakni dalam keadaan masyarakat menggunakan bahasa. Buku ini secara sederhana memberikan tumpuan pada teori-teori yang mencerakinkan kewujudan fenomena penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Buku ini disasarkan kepada semua pengguna bahasa yang ingin memahami perihal bahasa: perkembangan dan penggunaannya khususnya pada masa ini. Buku ini amat sesuai dijadikan asas ilmiah untuk memahami bahasa dan masyarakat di Malaysia.