S- Solat
Solat adalah tiang agama dan diperintahkan solat oleh Allah SWT: “Dirikan kamu solat” (al-Baqarah; 43)
M- Mengikut
Mengikut solat Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat saya (Nabi SAW) bersolat (mengikut solat Nabi berpandukan hadis beliau)”. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ahmad, dan Baihaqi)
A- Amalan
Amalan solat Nabi SAW perlu diikuti kerana sabdanya: “Barang siapa menambah lebih atau mengurangi dari ini, sesungguhnya telah berbuat zalim dan melampaui batas”. (Riwayat Abu Daud)
R- Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mahu menjaga solatnya, maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya di hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman, Ubaiy bin Khalaf.” (Riwayat Ahmad)
T- Tepat
Solat yang tepat dan terbaik adalah solat Nabi Muhammad SAW berdasarkan firmanAllah SWT: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (al-Mukminun:1-2)