ISBN: 9789674303761
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)
“Mereka yang mahu bernikah perlu mendapat restu ibu bapa”, itulah mesej dan kekuatan utama yang ada dalam Sinar di Muara. Mesej ini pada mulanya hanya diselinapkan melalui cerita tetapi akhirnya disebutkan secara terus terang dalam dialog. Walaupun pernikahan itu berlandaskan kebaikan, namun tanpa restu ibu bapa, banyak perkara yang kurang baik mungkin akan timbul pada kemudian hari. Malah kadangkala bernikah tanpa restu akan menimbulkan banyak salah faham antara pasangan yang bernikah, dengan keluarga masing-masing.
Dalam Sinar di Muara, pembaca mendapat mesej secara jelas sejak mula dan mengaitkan keseluruhan cerita dengan mesej tersebut dan mendapat watak-watak Rahman, dan Mah serta anak-anak mereka, Lukman dan Puteri, pada kemudian hari.