Buku

Senyum Ayah

Penulis: Hasni Jamali

ISBN: 9789674601683

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

“Adik tahu, senyuman itu adalah sedekah. Tidak kira sebanyak mana harta yang kita ada, senyuman adalah perkara paling atas mendapat tempat dalam carta kehidupan ayah.” - Awfiyah

Sekuntum senyum boleh sahaja menceriakan seluruh hati yang gundah, apatah lagi senyuman daripada orang yang disayangi. Senyuman, harta yang sentiasa boleh dimiliki oleh semua lapisan golongan dan sering kali berbahagia apabila memilikinya. Dengan rasa percaya diri, Hasni Jamali ingin berkongsi rasa hati dan pengalaman daripada kisah benar di dalam tulisannya.

Empat belas buah cerpen yang bertemakan kasih sayang dan kekeluargaan dalam buku ini seperti dua ulas bibir yang saling melengkapi untuk membentuk segaris senyuman. Adakah anda sudah bersedia untuk tersenyum sambil membaca buku ini?