“Sayembara menari
bukan pesta muda-mudi
jangan silap mengadili
sesal semusim memakan diri.”
Puisi bukanlah kata-kata yang diungkapkan terus maknanya kepada minda kita. Puisi ialah baris kata yang terhasil dan memacu kita untuk berfikir makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Begitu jugalah puisi-puisi yang terkandung dalam Kumpulan Puisi: Sayembara Menari ini.
Puisi-puisi yang dihimpun mengikut tema-tema yang ada, memudahkan pembaca untuk memahami erti sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Hayatilah.