Mungkin agak paradoksikal jika menggabungkan istilah “rekayasa” dan “kebudayaan” dalam takrif yang sama. Tujuannya bukanlah untuk menyamakan kebudayaan dengan sesuatu yang lain, tetapi untuk memahami betapa kompleksnya salah ratu rangkaian yang paling padat di dunia, iaitu rangkaian prasarana dan institusi kebudayaan. Sebenarnya, jika seniman adalah nadi sistem kebudayaan Perancis, perkembangan rekayasa kebudayaan pula mencerminkan profesionalisme pihak yang terlibat. Dengan ini, rekayasa kebudayaan berjaya memperbaik pelaksanaan projek kebudayaan, serta menyokong penciptaan dan pengeluaran dalam sektor itu. Oleh itu, dasar kebudayaan diasaskan pada rekayasa tersebut.